Monday, March 11, 2019

ASAM PEDAS MELAKA ASLI

1st resepi will be...
Dah makin dekat baru nak belajar masak...ambik...doakan percubaan pertama masak sendiri menjadi aminnn...
(Tunang suka makan berkuah)
ps:- tunggu hasilnya nanti

ASAM PEDAS MELAKA ASLI
Resepi oleh : Dianaajaq
Rujukkan oleh : Ayu

Resepi ni kalau guna sukatan Ayu dapat agak banyak ya. Kalau tak ramai atau untuk sekali masak, ikut sukatan Diana. Kalau nak masak lebih boleh ikut sukatan Ayu.

4 potong ikan ~ pari, parang, tenggiri atau kembung
1 sudu teh halba
1 ikat daun kesum
10 batang bendi atau terung
1 kuntum bunga kantan
1 cawan air asam jawa
minyak untuk menumis
garam gula secukup rasa

Bahan Kisar

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
1 senduk cili kisar ~ kalau cili jenis pedas boleh kurangkan
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam ~ bagi yang tak kuat pedas boleh kurangkan
3 batang serai ~ 1 kisar 2 lagi di titik

Panaskan minyak dalam kuali
Kemudian masukkan halba dan tumis hingga kuning
Bila dah kuning terus masukkan bahan kisar dan tumis sampai garing dan terbit minyak.
Bila dah betul-betul garing, masukkan sedikit gula. Anggaran 1/2 sudu besar
Kemudsian masukkan daun kesum dan bunga kantan
Jika kuah kering tambahkan air
Biarkan di merenih kemudian masukkan ikan
Masukkan juga air asam jawa
Biarkan ikan empuk
Akhir sekali masukkan bendi dan terung
Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
Biar dia mendidih sebentar dan kuah sedikit pekat
Bolehlah hidangkan bersama nasi hangat, ikan goreng dan sambal belacan

Asam pedas ni lagi lama di perangat lagi sedap!
Selamat mencuba

credit to: norazlitaaziz

Monday, February 18, 2019

Majlis Pertunangan #onestepcloser

Dear Diary,

Permulaan 2019 dengan berita gembira buat aku. Alhamdulillah...pada yang belum bertemu jodoh Izzan doakan anda semua yang membaca coretan ini ditemukan jodoh dengan segera dengan seorang lelaki yang baik, InsyaAllah. Yakin dan percaya dan terus berdoa.

Dan apabila telah bertemu jodoh yang baik maka segerakanlah...

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian ridhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” 

(HR. Tirmidzi. Al Albani berkata dalam Adh Dho’ifah bahwa hadits ini hasan lighoirihi)

ececeh...aha macam ustajah pulak....

dannn... Dia  Lelaki Kiriman Tuhan buat Izzan Sani 💗 doakan kami yer semoga jodoh kami hingga Syurga.

Majlis serba serdahana, pelamin DIY, goodies bag pun tak buat sendiri je....alhamdulilah semua berjalan dengan 
lancar.



bunga ni buat dari kertas boleh google 





 DIY Pelamin buat yang simple je...wreath flower tu buat dari hula hop beli dekat kedai RM2.00 lepas tu beli tali guni juga RM2.00 kedai Eco juga. so kos kurang dari RM50.00


 Untuk sticker ni kite design sendiri just hantar print jer kos RM20.00 untuk 100 keping



Untuk godies bag pun cookies home made by me

Kos botol - RM84.00/80pcs
Kos Cookies - RM100.00+-



Untuk Hantaran pun DIY. Tepak kayu tu beli RM9.00 satu, lepas tu kertas carik RM4+- tak ingat harga tapi sebungkus je boleh untuk 7 bekas hantaran, nampak sikit tapi banyak. Nak cantik lagi tambahla bunga bunga hydrangea sejambak ada 5  bunga so potong2 satu bekas satu. kalau kat seremban ni Izzan cadangkan beli dekat Romantika Senawang murah RM15+- sejambak.


Tart sponser dari my BFF Shima boleh contact kalau nak order



Coklat Homemade by me aha...



Kek ni tempah dekat Kak Shikin boleh google Ig nya...harga yang ni  tak sampai RM180.00 red valved kek



oleh sebab tak hire photographer kita import kawan-kawan je la jadi photographer...


tq Emmy and Yani 💓








Wednesday, December 26, 2018

Selamat Datang 2019


Assalamulaikum...

I create this blog to share all my sweetest thing in my personal life...

Selamat Datang 2019 

Semoga tahun 2019 memberi lebih banyak kejayaan dan bertambah iman kita insyaAllah
Terima Kasih Allah untuk 36 tahun (soon will enter 37) yang hebat, terima kasih Allah kerana hadirkan insan-insan hebat sepanjang perjalanan hidup ni. Terima Kasih Mak & Ayah.

regard,
Izzan